Bentuk-bentuk Kata
Kata/perkataan
boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:
Kata tunggal
|
i.
Tidak menerima imbuhan atau kata
dasar yang lain.
ii.
Akronim yang sudah diterima pakai
juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan
sebagainya.
iii.
Para pelajar diingatkan bahawa
akronim tidak sama dengan singkatan.
iv.
Singkatan ialah kependekan bagi
satu atau beberapa perkataan seperti IT
untuk teknologi maklumat (information
technology) dan PM untuk
Perdana Menteri.
v.
Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam
kata tunggal seperti akronim.
|
Kata terbitan
|
i.
Terdiri daripada kata dasar atau
kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan
atau apitan.
|
Kata majmuk
|
i.
Terbentuk hasil gandingan dua atau
lebih kata dasar.
ii.
Rumus penting ialah tiada kata lain
yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan
kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi
tergolong dalam frasa.
iii.
Misalnya; Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak yang berlari itu.
iv.
Pada umumnya, kata majmuk dieja
terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat
lampiran 1)
|
Kata ganda
|
i.
Kata ganda ialah pengulangan kata
dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau
sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka,
labah-labah, rama-rama dan sebagainya.
ii.
Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan
sebagainya.
|
Pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar
untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang
dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan
dan sisipan.
Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan,
akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan
|
Varian
|
Contoh perkataan
|
contoh penggunaan
|
ke-
|
ke
|
kerabat, ketladak, kekasih
|
Kerabat diraja itu makan di warung sahaja.
|
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan
memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama
yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
|
|||
peN-
|
pe-
|
pewangi, peragut, pesalah
|
Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.
|
pem-
|
pemfatwa, pemproses, pemberontak
|
Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.
|
|
pen-
|
pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat
|
Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari
|
|
peng-
|
pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar,
pengasuh
|
Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.
|
|
penge-
|
pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom
|
Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri
|
|
pel-
|
pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon
|
Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi
borang.
|
|
peR-
|
per
|
pertapa
|
Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan
zikirnya.
|
juru-
|
juru-
|
jurutaip, jururunding, jurubahasa
|
Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia
meletakkan jawatan.
|
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)
|
dwi-
|
dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran
|
Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan
Inggeris.
|
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)
|
eka-
|
ekabahasa, ekakaum, ekafungsi
|
Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
|
pasca-(dirujuk kepada `selepas')
|
pasca-
|
pascasiswazah
|
Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana
dan kedoktoran.
|
pra-(menunjukkan makna `sebelum')
|
pra-
|
prasejarah, prakemerdekaan
|
Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.
|
swa-menunjukkan maksud `sendiri')
|
swa-
|
swalayan, swamodal, swakarya
|
Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.
|
Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran
|
contoh perkataan
|
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang
dirujuk)
|
seniman, budiman
|
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)
|
olahragawan, usahawan
|
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)
|
pragawati, olahragawati
|
-an
|
pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan
|
Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan
|
contoh perkataan
|
ke....an
|
kezaliman, kesenangan
|
pe...an
|
peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
|
peN...an
|
penyusunan, pengurangan
|
Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan
|
contoh perkataan
|
-el-
|
telunjuk, kelengkeng, kelabut
|
-er-
|
keruping, seruling, serabut
|
-em-
|
kemuning, kemuncup, kemelut
|
Kata hubung
Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa,
ayat, frasa atau perkataan untuk
membentuk ayat majmuk.
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis
ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu,
kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan
kata hubung pancangan.
Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
Kata hubung
gabungan
|
Kata hubung
pancangan
|
||
i. Pemanah itu melepaskan
anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
ii. ``Belum tentu... sama
ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
iii. Dia mengelak, lantas
menikam.
|
Pancangan relatif
|
Pancangan
komplemen
|
Pancangan keterangan
|
-menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil).
Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh:
i. Pelajar yang berjaya itu diberi
hadiah.
ii. Budak yang sedang membaca itu adik
perempuan saya.
iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku
sejarah.
|
-Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen
pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).
-Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu
melengkapkan klausa utama.
-Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa
dan untuk.
i. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa
semua muridnya mendapat enam A.
ii. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad
adalah ahli perniagaan besar.
iii. Kerajaan membuat jambatan untuk
rakyat melintas sungai.
|
-Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan
kepada klausa utama.
-Kata
hubung itu ialah:
kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tidak
memiliki tiket yang sah.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan