Teknik
Penyoalan.
Kemahiran Menyoal boleh menjadi salah
satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik darjah untuk
menggalakkan interaksi antara guru dan murid serta murid dan murid.
Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis, dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat.Tambahan pula penyoalan dapat membantu menghubungkan di antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan melalui interaksi.

Pembelajaran boleh dirangsang melalui
teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan guru menilai maklum balas secara
berterusan. Oleh itu,adalah perlu guru merancang terlebih dahulu bentuk soalan
yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan
soalan-soalan secara spontan. Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid
juga boleh digunakan.
Memandangkan penyoalan adalah cara
yang berkesan untuk menggalakkan penyertaan murid secara aktif, guru perlu
menggunakan soalan sekerap mungkin. Penyoalan boleh digunakan pada peringkat
permulaan,perkembangan dan peringkat penutup pelajaran.
Pada peringkat permulaan pembelajaran,
soalan digunakan untuk mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid,
mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru menumpukan perhatian serta
minat murid pada pelajaran yang akan dipersembahkan.
Pada peringkat perkembangan
pembelajaran soalan digunakan untuk menduga kefahaman murid mengenai bahan
pelajaran yang dibincangkan memastikan penyertaan murid yang aktif mengekalkan
minat murid serta tumpuan perhatian mereka.
Pada peringkat penutup soalan
digunakan untuk membuat rumusan pelajaran menguji kefahaman murid secara
menyeluruh. Pada umumnya turutan menyoal di dalam kelas boleh dijalankan
seperti yang berikut:
guru
mengemukakan soalan kepada murid
guru
memberi masa untuk murid menjawab
guru
boleh tujukan soalan tersebut kepada semua murid di kelas
guru
boleh memanggil murid tertentu menjawab
guru
memberi perhatian kepada jawapan yang dikemukakan dan seterusnya ajukan jawapan
murid tersebut kepada murid lain.
Pastikan ramai murid dapat mengambil
bahagian dalam aktiviti pelajaran. Di samping itu soalan elok dikemukakan
mengikut turutan yang logik dan jawapan murid diulangi untuk menunjukkan
pentingnya jawapan yang lebih mendalam dan dapat menjelaskan `mengapa’ dan
`bagaimana’. Beri pertimbangan kepada soalan-soalan `fakta’ dan soalan-soalan
yang memerlukan `pemikiran’.
Pada umumnya soalan boleh dibahagikan
kepada soalan menumpu dan soalan mencapah. Soalan-soalan ini digunakan untuk
tujuan tertentu.
i. Soalan Menumpu
Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan secara bersiri. Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah yang hendak diketengahkan.
Contoh:
1. Nyatakan 2 perkara yang anda dapati di dalam gambar.
2. Namakan 3 barang yang digunakan untuk membersihkan halaman rumah.
3. Terangkan bagaimana kamu membersihkan rumah kamu.
ii. Soalan Mencapah
Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran yang kritis, analitis dan rasional murid sebelum memberikan jawapan. Ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas.
Contoh:
1. Mengapakah kamu perlu membersihkan rumah?
2. Ceritakan apa akan berlaku jika runah kamu tidak dibersihkan?
3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan menjaga kebersihan rumah?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan