Sabtu, 10 Disember 2011

Teknik Bina Ayat.


Contoh lembaran kerja:
Lihat gambar dengan teliti. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat di dalam gambar.


Teknik SiBuDi.
NO.
Siapa
Buat apa
Di mana

  1.  
Soleh
membuang sampah
ke dalam tong sampah.

  1.  
Zaid
menyapu sampah
di tepi meja.

  1.  
Moorthy
membawa makanan
ke arah meja.

  1.  
Adi dan Izad
berbual-bual
di meja makan.

  1.  
Empat orang murid
beratur
di kaunter makanan.

Teknik SALAM.
NO.
SIAPA (S)
AKTIVITI 
(A)
LOKASI
(L)
ALAT
 (A)
MENGAPA (M)
1.     
Soleh
membuang sampah
ke dalam tong sampah
berhampiran sinki
untuk menjaga kebersihan kantin.
2.     
Zaid
menyapu sampah
di tepi meja
dengan penyapu
hingga bersih.
3.     
Moorthy
membawa makanan
ke arah meja
-
untuk di makan.
4.     
Adi dan Izad
berbual-bual
di meja makan
sambil makan nasi
sebelum waktu rehat berakhir.
5.     
Empat orang murid
beratur
di kaunter makanan
sambil memegang wang
untuk membeli makanan.

Teknik Pengajaran.


Teknik Penyoalan.
Kemahiran Menyoal boleh menjadi salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik darjah untuk menggalakkan interaksi antara guru dan murid serta murid dan murid.
Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis, dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat.Tambahan pula penyoalan dapat membantu menghubungkan di antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan melalui interaksi.
Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Oleh itu,adalah perlu guru merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-soalan secara spontan.  Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan.
Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan penyertaan murid secara aktif, guru perlu menggunakan soalan sekerap mungkin. Penyoalan boleh digunakan pada peringkat permulaan,perkembangan dan peringkat penutup pelajaran.
Pada peringkat permulaan pembelajaran, soalan digunakan untuk mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid, mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan dipersembahkan.
Pada peringkat perkembangan pembelajaran soalan digunakan untuk menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan memastikan penyertaan murid yang aktif mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka.
Pada peringkat penutup soalan digunakan untuk membuat rumusan pelajaran menguji kefahaman murid secara menyeluruh. Pada umumnya turutan menyoal di dalam kelas boleh dijalankan seperti yang berikut:
*      guru mengemukakan soalan kepada murid
*      guru memberi masa untuk murid menjawab
*      guru boleh tujukan soalan tersebut kepada semua murid di kelas
*      guru boleh memanggil murid tertentu menjawab
*      guru memberi perhatian kepada jawapan yang dikemukakan dan seterusnya ajukan jawapan murid tersebut kepada murid lain.
Pastikan ramai murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran. Di samping itu soalan elok dikemukakan mengikut turutan yang logik dan jawapan murid diulangi untuk menunjukkan pentingnya jawapan yang lebih mendalam dan dapat menjelaskan `mengapa’ dan `bagaimana’. Beri pertimbangan kepada soalan-soalan `fakta’ dan soalan-soalan yang memerlukan `pemikiran’.
Pada umumnya soalan boleh dibahagikan kepada soalan menumpu dan soalan mencapah. Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu.

i. Soalan Menumpu
Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan secara bersiri. Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah yang hendak diketengahkan.

Contoh:
1. Nyatakan 2 perkara yang anda dapati di dalam gambar.
2. Namakan 3 barang yang digunakan untuk membersihkan halaman rumah.
3. Terangkan bagaimana kamu membersihkan rumah kamu.

ii. Soalan Mencapah
Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran yang kritis, analitis dan rasional murid sebelum memberikan jawapan. Ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas.

Contoh:
1. Mengapakah kamu perlu membersihkan rumah?
2. Ceritakan apa akan berlaku jika runah kamu tidak dibersihkan?
3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan menjaga kebersihan rumah?

Sekadar renungan..

Jadilah guru yang berwawasan. Jangan jadi macam ni..


Setelah penat berusaha, akhirnya murid Tahun 6 menghadapi UPSR. Tahniah bagi mereka yang berjaya. Teruskan perjuangan untuk terus belajar terutamanya dalam subjek yang diajar iaitu Bahasa Malaysia. Chiayok! Chiayok!

Khamis, 8 Disember 2011

Cerita Seorang Guru.

         Suatu masa dahulu, guru dianggap sebagai orang yang paling dihormati dalam kehidupan hingga melihat kelibat guru pun, seorang murid akan tunduk hormat. Kata-kata guru ialah kata-kata hikmat yang tidak boleh disangkal kebenarannya. Ibu bapa pun akan dikatakan berbohong kerana kata-kata seorang guru. Jika membuat kesilapan di hadapan guru serta dirotan, setelah balik ke rumah nanti siaplah dirotan ibu bapa pula.
         Kini, martabat guru dipandang sepi.  Guru yang sedang berjalan di hadapan pun boleh dilanggar. Jika guru berkata, mereka boleh mengejek dan memandang sinis. Apabila guru tersilap kata pula, sampailah surat saman di meja cikgu keesokan harinya. Mengapakah begini jadinya?
         Guru sebagai pengajar, pendidik dan sekaligus menjadi pengasuh kepada anak-anak di sekolah. Kerjaya seorang guru kini semakin mencabar. Zaman teknologi ini memberi kesan yang sangat besar kepada dunia pendidikan kita ini. Sebagai seorang guru, kita perlu mempertingkatkan lagi profesionalisme diri yang akan memartabatkan lagi maruah profesion yang kita ceburi ini.