Khamis, 8 Disember 2011

Cerita Seorang Guru.

         Suatu masa dahulu, guru dianggap sebagai orang yang paling dihormati dalam kehidupan hingga melihat kelibat guru pun, seorang murid akan tunduk hormat. Kata-kata guru ialah kata-kata hikmat yang tidak boleh disangkal kebenarannya. Ibu bapa pun akan dikatakan berbohong kerana kata-kata seorang guru. Jika membuat kesilapan di hadapan guru serta dirotan, setelah balik ke rumah nanti siaplah dirotan ibu bapa pula.
         Kini, martabat guru dipandang sepi.  Guru yang sedang berjalan di hadapan pun boleh dilanggar. Jika guru berkata, mereka boleh mengejek dan memandang sinis. Apabila guru tersilap kata pula, sampailah surat saman di meja cikgu keesokan harinya. Mengapakah begini jadinya?
         Guru sebagai pengajar, pendidik dan sekaligus menjadi pengasuh kepada anak-anak di sekolah. Kerjaya seorang guru kini semakin mencabar. Zaman teknologi ini memberi kesan yang sangat besar kepada dunia pendidikan kita ini. Sebagai seorang guru, kita perlu mempertingkatkan lagi profesionalisme diri yang akan memartabatkan lagi maruah profesion yang kita ceburi ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan